Friday, March 26, 2010

Kerja pengukuran tanah lot sungai bt3 telah dimulakan.


Kerja - kerja pengukuran tanah lot sungai untuk dijadikan lot bergeran sedang dijalankan yang melibatkan permohonan lot sebanyak 70 lot.Kerja pengukuran dikawal selia oleh JKKK BT3.

PENDAFTARAN PENCALONAN BANTUAN ZAKAT KARIAH BT 3

Pihak jawatankuasa Masjid Bt 3 Bangi telah mengeluarkan borang permohonan bantuan zakat untuk diagihakan kepada mayarakat kampung yang memerlukan bantuan.
borang tersebut boleh didapati masjid kampung ini dan perlu diserahkan sebelum 24/03/2010.

Kembali Aktif

Asalamualaikum kepada pembaca yang mengunjung ke beritabatu3 bangi ini dan semoga ALLAH permudahkan dan merahmati usaha saya untuk menyampaikan segala perihal perkembangan kampung dan warga masyarakat bt3 ini untuk tatapan kepada anak jati kg yang berada diluar sana serta untuk pemerhatian yang berhormat mahupun pihak berkuasa.
INSYAALAH, Berita bt3Bangi akan diteruskan seperti biasa.Kepada yang ingin berkongsi maklumat boleh dihubungkan dengan email hassinhussinhassan@yahoo.com.
Sekian.

Sunday, May 17, 2009

ZAINUN BINTI MD NOR MENINGGAL DUNIA


Arwah Zainun yang terlantar di Hospital Kajang selama 2 minggu telah meninggal dunia selang 3 hari dengan arwah bik Genuk.Arwah yang berusia lingkungan 40 an telah meninggalkan suami tercinta dan disemadikan di perkuburan islam batu 3.Al FATIHAH.

Monday, May 11, 2009

PENGANTIN BARU LAGI







Nampaknya tahun ini kampung batu 3 akan bertambah menerima menantu baru dengan meriah sekali.Taniah dan selamat pengantin baru dari pihak JKKK batu 3.

MARIAM BINTI YUSAK MENINGGAL DUNIA


Arwah Mariam Binti Yusak atau nama panggilan Bit Genuk Ibu kepada saudara Ellon (Basiron)
telah menghembus nafas terakhir di hospital Kajang selepas hampir seminggu berada di hospital
tersebut pada 9 mei 2009.
Beliau meninggalkan anaknya seramai 5 orang dan pihak keluarga mengucapkan terima kasih keatas pengurusan pengembumian yang di jalankan oleh penduduk kampung yang terlibat
sehingga sempurnanya ibu mereka disemadikan pada hari ahad jam 11 pagi.
Pihak keluarga menjemput masyarakat kampung bersama-sama ke majlis tahlil akan diadakan selepas maghrib di masjid selama 3 hari berturut-turut.
Pada sebelah petang wakil dari PKR Semeyih telah datang untuk menyampaikan sumbangan wang kematian warga emas sebanyak RM 1000.00 tunai dan akan di beri bakinya selepas 60 hari sebanyak RM 1500.00 lagi.Terima kasih kepada kerajaan Selangor kerana dengan bantuan ini dapatlah serba sedikit membantu keluarga ini.

Friday, February 27, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU